Sunday, April 27, 2025

‘Kerajaan tidak abaikan kepentingan wanita’

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menerima cendera kenangan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif pada Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS pada Rabu.

KOTA KINABALU (Rabu 30 Ogos): Wanita di negara ini begitu bertuah kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan mereka termasuk menjadi suri rumah yang berkerjaya, kata Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Katanya, wanita berhak mendapat pendidikan yang sewajarnya malah turut diberi peluang untuk menjadi usahawan selain pelbagai bantuan turut diberikan kerajaan.

Beliau berkata, ini kerana semua wanita memainkan peranan dan tangungjawab yang sama penting dalam membangunkan masyarakat.

“Wanita yang memilih sebagai suri rumah dan tidak bekerjaya juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan kebajikan keluarga, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Justeru suri rumah perlu memiliki ilmu pengetahuan, ilmu kewangan dan kekeluargaan serta menjadi contoh kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) pada Rabu.

Juliah berkata, di Sabah sendiri saban tahun berlaku perubahan wanita sebagai pembuat keputusan terutamanya dalam sektor penjawat awam.

Menurutnya, setakat Ogos 2023, statistik dan data wanita pembuat keputusan dalam kerajaan negeri bagi jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) berjumlah 33.3 % iaitu seorang wanita daripada tiga orang TSKN.

Katanya, bagi jawatan Setiausaha Tetap mencatat 9.09% iaitu seorang wanita daripada 11 Setiausaha Tetap Kementerian. Peratusan Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT) sebanyak 40% iaitu lapan wanita daripada 20 TSUT, manakala Ketua Jabatan pula sebanyak 30.23% iaitu 13 wanita daripada 43 Ketua Jabatan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita kerana wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting, bukan sahaja dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

“Justeru, sebagai wanita yang turut memainkan peranan penting kepada pembangunan negara dan bangsa, marilah kita terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendalami ilmu agama sebanyak mungkin”, tegasnya. 

Juliah berkata, isu berkaitan wanita merupakan sesuatu yang ‘malar segar’ dan perlu ditangani dari masa ke semasa.

Menurutnya, perkara-perkara wanita yang menyentuh soal ibadah banyak dibincangkan oleh para Fuqaha dan cendekiawan Islam dari awal perkembangan Islam hingga kini.

Katanya, Program Anjung Mutiara yang diadakan amat tepat pada masanya kerana yang dibincangkan oleh penceramah lebih menjurus kepada peranan dan perkara-perkara yang berkaitan wanita dalam Islam.

Hot this week

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Topics

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img