Saturday, May 10, 2025

Tingkatkan imbang dagang dengan fokus membangun industri koko

KOTA KINABALU, 6 JANUARI 2024 – Industri koko di Malaysia masih mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat dari sektor huluan ke hiliran memandangkan Malaysia merupakan antara negara pengeksport utama produk koko di dunia.

Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin, koko merupakan antara tanaman komoditi makanan utama dalam penyumbang kepada pendapatan eksport negara.

“Pada tahun 2022, perolehan dari eksport koko adalah sebanyak RM7.82 bilion. Manakala setakat Januari hingga November 2023, perolehan eksport koko adalah dianggarkan sebanyak RM7.4 bilion.

“Namun begitu, imbangan dagang bagi industri koko pada tahun 2022 hanya mencatat RM1.72 bilion dan RM20 juta pada tahun 2023 (setakat bulan November) disebabkan kebergantungan import biji koko kering.

“Maka, adalah aspirasi saya untuk kita semua sama-sama membangunkan industri koko terutamanya di Sabah dengan bersungguh-sungguh supaya kita dapat meningkatkan imbangan dagang koko pada tahun-tahun yang akan datang,” kata Chan sewaktu mengadakan lawatan kerja rasmi pertama ke ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia (LKM) di wisma SEDCO, Kota Kinabalu pada 5 Januari 2024.

Menurut Chan, Sabah merupakan negeri utama pengeluar biji koko negara sejak awal lagi. Pada tahun 2023, keluasan tanaman koko di Sabah adalah seluas 8,510 ekar atau 3,444 hektar iaitu 57.5% daripada jumlah keluasan tanaman koko negara.

Pada tahun 2024, LKM akan melaksanakan Projek Pemulihan Kebun Koko di mana Sabah diperuntukan sebanyak RM5 juta bagi memulihkan 1,344 hektar kawasan tanaman koko sedia ada, yang diusahakan oleh 2,084 orang petani. Program ini adalah untuk meningkatkan hasil koko melalui insentif input pertanian, serta menerapkan aplikasi teknologi terkini dalam pengurusan kebun koko.

Untuk makluman, industri hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko, serta 32 usahawan coklat tempatan. Pada tahun 2022, nilai jualan usahawan coklat di Sabah adalah berjumlah RM 792,351. Manakala pada tempoh Januari hingga September 2023, nilai jualan telah mencapai RM851,928.

Memandangkan nilai jualan industri hiliran masih rendah, Chan berharap usaha-usaha berterusan daripada LKM akan dapat membantu meningkatkan lagi hasil jualan usahawan dan menambah bilangan pengusaha-pengusaha koko di Malaysia melalui dasar dan projek-projek yang dirancang.

Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pengelola LKM YB Datuk Matbali bin Musah, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr. Ramle Hj. Kasin dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada Kementerian Encik Cheah Chee Fong.

Hot this week

Cabaran matematik itu nyata: Memahami Diskalkulia dalam kalangan kanak kanak

Oleh Dr. Fu Sai HoePegawai Pemulihan KhasPejabat Pendidikan Daerah...

Math struggles are real:  Understanding Dyscalculia in children

By Dr Fu Sai HoeSpecial remedial officer, Sandakan District...

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

Topics

Cabaran matematik itu nyata: Memahami Diskalkulia dalam kalangan kanak kanak

Oleh Dr. Fu Sai HoePegawai Pemulihan KhasPejabat Pendidikan Daerah...

Math struggles are real:  Understanding Dyscalculia in children

By Dr Fu Sai HoeSpecial remedial officer, Sandakan District...

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img