Friday, July 18, 2025

KUSKOP lancar 2 program keusahawanan dan kebolehpasaran

Kuala Lumpur, 14 Januari 2024 (Ahad) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan dua program iaitu Karnival PROTÉGÉ @ KUSKOP Tahun 2024 dan Program SEMBANG PROTÉGÉ X KRU yang akan dilaksanakan dengan kerjasama KRU Studios.

Karnival PROTÉGÉ @ KUSKOP di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan permulaan kepada 6 siri karnival yang akan diadakan di seluruh negara iaitu di Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo. Tujuan karnival ini adalah untuk menguar-uarkan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh KUSKOP di bawah PROTÉGÉ (Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs).

Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pelaksanaan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh PROTÉGÉ dengan sasaran seramai 76,690 graduan dan mahasiswa.

Karnival PROTÉGÉ @ KUSKOP merupakan kick-start bagi pelaksanaan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dirancang pada tahun 2024. Program keusahawanan yang akan dilaksanakan adalah Program Latihan Intensif dalam Talian bagi Usahawan Generasi Baharu                  (N-GENE), Program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan TVET (GRACE), Program Usahawan Perantis (SPACE), Program Pensijilan Profesional Graduan TVET, Seminar Keusahawanan Mahasiswa, Program Usahawan Siswazah (PUSh) dan Program Kembara Kerjaya (ROAD).

Selain itu, KUSKOP juga akan meneruskan Program Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri atau lebih dikenali sebagai program PROTÉGÉ Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang merupakan platform kepada graduan untuk membina kerjaya impian. Program-program yang disediakan ini diharap dapat meningkatkan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan dan mahasiswa.

Pelaksanaan 6 siri Karnival PROTÉGÉ @ KUSKOP ini mensasarkan seramai 9,000 pengunjung di mana maklumat berkaitan program-program PROTÉGÉ akan disampaikan melalui sesi taklimat dan pameran kepada graduan, mahasiswa, usahawan dan orang awam. Selain itu, terdapat juga sesi temu duga kepada graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Karnival ini akan turut memberi peluang kepada usahawan tempatan membuka reruai dan food truck menjual pelbagai jenis makanan, minuman serta produk PMKS.

Karnival PROTÉGÉ @ KUSKOP dilaksanakan dengan kolaborasi strategik bersama kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia serta PERKESO. Graduan dan mahasiswa daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta usahawan graduan di sekitar Lembah Klang turut hadir ke program anjuran KUSKOP.

YB Datuk Ewon Benedick turut melancarkan program baharu PROTÉGÉ iaitu Sembang PROTÉGÉ X KRU yang merupakan program bual bicara santai secara dalam talian. Program ini akan dilaksanakan dengan penglibatan usahawan berjaya dan ahli perniagaan yang berkaliber bagi membincangkan elemen yang penting dalam membangunkan sesebuah perniagaan, khususnya kepada para graduan.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada 15 usahawan graduan yang telah menyertai Program N-GENE dan Program SPACE serta 10 Syarikat Pelaksana Program PROTÉGÉ-RTW dan Syarikat Anchor Program GRACE.

Turut hadir bersama di majlis perasmian adalah YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.

Hot this week

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Topics

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img