Friday, May 9, 2025

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota (Edisi Sabah) meriah!

KOTA KINABALU, 20 Januari 2024 – Fenomena konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ melanda ibu kota Sabah dengan persembahan Ratu Rock Malaysia Ella malam tadi. Pengalaman yang sangat menakjubkan ini berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada jam 8:30 malam dibawakan oleh penganjur acara terkemuka, Hitman Solutions bersama RockQueen.

Selepas konsert berakhir, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, berasa sangat-sangat tersentuh dengan sambutan yang diterima dari peminat-peminat, “Terima kasih ‘urang’ Sabah atas sokongan yang tidak terhingga. Saya berharap semua orang yang hadir ke konsert malam ini dapat jadikan ini suatu memori yang tidak dapat dilupakan.

Siri Jilid Akhir: Ella Puteri Kota bermula di Axiata Arena Bukit Jalil yang melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold-Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh The Malaysia Book of Records, kemudian di Spice Arena Pulau Pinang mengumpulkan 14,000 Ellasgang, dan kini, di Kota Kinabalu, Sabah, kesemuanya punyai kejayaan tersendiri. 

“Kota Kinabalu ‘special’ dan dekat di hati saya kerana di sinilah lokasinya saya dan suami mula berkenalan sewaktu mula-mula bercinta dahulu dan menjadi memori terindah kami,” kongsi Ella tentang lokasi keempat konsert jelajah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Kejayaan demi kejayaan berjaya kami raih melalui siri jelajah konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ini adalah untuk peminat yang ingin merasakan konsert bertaraf antarabangsa untuk artist lokal kesayangan mereka. Kami di Hitman Solutions akan terus memberikan kepuasan yang maksimal buat penggemar muzik di Malaysia, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

Konsert yang berlangsung sekitar 2 jam lebih di bawah bimbingan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis tersebut turut disajikan dengan hampir 30 buah lagu di antaranya Standing In The Eyes Of The World, Kesal, Retak dan Anak Patung. Malam tadi telah menjadikan lokasi keempat untuk Jilid Akhir: Ella Puteri Kota namun peminat masih mempunyai permintaan untuk jelajah tersebut untuk di teruskan di lokasi-lokasi lain.

Sebagai penghargaan kepada negeri Sabah yang penuh dengan budaya, suatu persembahan kejutan dibawakan oleh Kumpulan Budayawan dengan tarian tradisional Sabah. Peminat-peminat terkesima dengan bunyian tradisional di konsert rock menjadikan ini suatu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Konsert gilang gemilang ini tidak mungkin dapat di teruskan tanpa sokongan dari rakan-rakan penaja yang telah bersama-sama jayakan Jilid Akir: Ella Puteri Kota, Era Sabah & Sarawak (Radio Rasmi), Imago Shopping Mall (Rakan Pusat Membeli-belah Rasmi), Ming Garden Hotel & Residences (Rakan Hotel), D’Bundle Mania, Jee Harris Corporation, Film Horizon, BluPrints, Mangkuk Malaysia (Rakan Sokongan) dan Rafa Travel (Rakan Pengangkutan Rasmi).

Sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut boleh hubungi +6012-2655783 atau info@hitman.group.

Hot this week

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

Topics

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img