Sunday, June 1, 2025

Veteran ATM Jasamu dikenang: Madius

TUARAN: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata veteran tentera mempunyai jasa yang besar dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Mereka yang telah mendedikasikan sebahagian besar hidup perkhidmatan tentera dengan memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga keamanan.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata mereka telah melalui banyak pengorbanan dan risiko untuk memastikan kita selaku rakyat dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan bebas daripada ancaman luar mahupun ancaman dalaman.

“Hari ini, walau pun mereka telah bersara dari perkhidmatan veteran tentera masih memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap patriotisme dalam masyarakat, ” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung ke 40 Persatuan Veteran ATM Cawangan Tuaran pada Sabtu lalu.

Madius berkata veteran ATM menjadi contoh teladan dalam menunjukkan kecintaan dan pengorbanan kepada negara.

Melalui kisah-kisah keberanian dan dedikasi mereka, mereka memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai kemerdekaan dan keamanan yang mereka nikmati.

“Ini adalah tanggungjawab yang sangat besar dalam membentuk generasi masa depan yang cintakan negara.”

“Pengiktirafan kepada jasa mereka adalah satu bentuk tanda penghargaan yang tidak patut dilupakan dan harus diberikan dengan penuh rasa hormat,” katanya.

Madius berkata dia telah diundang untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Tuaran kali ke-40.

“Saya melihat begitu ramai sekali veteran tentera yang masih aktif di Tuaran. Semuanya masih sihat. Dan ramai antara mereka ini adalah kenalan malah kawan-kawan lama.”

“Marilah kita sama-sama contohi semangat dan disiplin mereka yang sentiasa teguh dalam menyemarakkan sumpah setia dan patriotisme yang tinggi kepada negara, ” katanya.

Sekali lagi, tahniah kepada Persatuan Veteran ATM Cawangan Tuaran atas kejayaan penganjuran mesyuarat Agung yang ke-32. – Talantang.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img