Saturday, April 19, 2025

Mangsa nahas pesawat dikenal pasti, maut akibat kemalangan udara

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan punca kematian kedua-kedua mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda dekat Kapar di sini semalam disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan udara (multiple injuries due to plane crash).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, proses bedah siasat yang dimulakan sejak jam 10 pagi selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi.

“Hasil post mortem (bedah siasat) yang dijalankan pasukan forensik HTAR, punca kematian multiple injuries due to plane crash (pelbagai kecederaan akibat kemalangan pesawat).

“Hasil pemeriksaan cap jari terhadap mangsa didapati penama (mangsa) pertama iaitu Daniel Yee Hsiang Choon, juruterbang berumur 31 tahun manakala seorang lagi, Roshaan Singh Raina, 43 tahun,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa akan diserahkan kepada waris dalam mangsa terdekat memandangkan ada prosedur lain yang perlu dijalankan pihak hospital.

“Kami akan cuba yang terbaik (untuk serahkan mayat) kepada ahli keluarga secepat mungkin termasuk membantu (urusan) ke tempat pengebumian,” katanya.

Vijaya turut memaklumkan punca nahas pesawat model BK 160 Gabriel masih disiasat Biro Keselamatan Udara (BSKU).

Dalam pada itu, Vijaya menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkait kejadian terbabit.

“Jangan hantar apa-apa gambar atau video berkaitan dengan kejadian ini, khususny di tempat kejadian bagi menghormati sensitiviti ahli keluarga,” katanya.

Pesawat dipercayai tidak ada kotak hitam

Sementara itu, pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda itu dipercayai tidak mempunyai kotak hitam.

Seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) mendakwa pesawat itu juga tiada kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta sistem kedudukan sejagat (GPS).

Katanya, ketiadaan sistem penting itu akan menyulitkan lagi proses siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat berkenaan terhempas.

“Kita akan bawa serpihan pesawat ini ke hangar berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di lokasi pesawat berkenaan terhempas di Kapar, Klang, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, serpihan pesawat berkenaan akan dikumpulkan sebelum ‘dibina’ semula untuk mengenal pasti punca nahas dan dibawa ke makmal.

“Kita akan buat analisa, siasatan akan ambil masa setahun. Setakat ini tiada rumusan (mengenai punca). Enjin pesawat kita akan buka dan periksa satu persatu,” katanya.

Menurut pegawai itu lagi, seorang saksi mendakwa ternampak sayap pesawat berkenaan patah di udara sebelum terhempas.

Ujarnya, susulan itu siasatan akan menjurus kepada bahagian sayap selain enjin pesawat.

“Setakat ini, sukar untuk mengenalpasti punca awal pesawat itu terhempas, namun kita akan lihat pada sayap termasuk hentakan yang berlaku selain enjin pesawat.

“Kita akan kaji segala kemungkinan punca kejadian ini. Orang ramai juga diharap membantu dalam menyerahkan mana-mana serpihan kecil pesawat sekiranya menemuinya,” katanya. – Scoop

Hot this week

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Topics

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img