Sunday, June 1, 2025

Jadikan Sipitang bersih dan indah – Dr Yusof

SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengajak penduduk daerah ini bersama-sama menjaga kebersihan untuk menjadikan Sipitang sebagai sebuah daerah yang indah dan bersih untuk dikunjungi pengunjung dari luar.

Menurutnya, peranan semua pihak penting dalam memastikan usaha menjadikan Sipitang indah dan bersih tercapai.

“Kita mahu memberi gambaran kepada umum bahawa Sipitang adalah sebuah daerah yang perlu dikunjungi, perlu dilawati dan mempunyai tempat yang cantik perlu dilihat.

“Jadi, kita ajak semua masyarakat samada pemimpin politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta, pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan juga penduduk kampung sendiri mestilah terlibat.

“Kita mahu mengubah budaya orang Sipitang dalam Bahasa Kadayan budaya meher…pengamah ini kita mahu buang dan diubah dengan satu pemikiran untuk memastikan alam sekitar yang bersih dan indah,” katanya pada Program Gotong Royong Membersihkan Pesisir Pantai Masjid Imam Haji Hashim hingga Sekolah Menengah Pengiran Omar, semalam.

Program itu anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sindumin, PGRS Zon Bandar Sipitang, Persatuan Wanita dan Keluarga Sipitang dan Persatuan Peduli Rakyat Sipitang.

Hadir sama, Ketua Wanita PGRS Sindumin Anisah Darmansa, Ketua Beliawanis PGRS Sindumin Nursiha Masri, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Imam Haji Hashim Sipitang Abdullah Awang Adi dan Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sipitang Arthur Padan.
Justeru itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata program gotong royong ini sebagai permulaan yang beliau ingin uar-uarkan dari dahulu untuk menjadikan Sipitang yang bersih dan indah.

Beliau berkata, program ini merupakan satu permulaan dan selepas ini akan diteruskan dengan melibatkan pelbagai pihak dan masyarakat.

Pada program itu, Dr Yusof turut berkesempatan meletakkan satu papan tanda menjaga kebersihan di pesisir pantai SMPO dan selepas ini beberapa papan tanda sama akan diletakkan di beberapa lokasi.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img