Friday, June 20, 2025

Penganjuran Forum Integriti, komitmen berterusan QSB dalam amalan urus tadbir berintegriti – Dr Yusof

Dr Yusof (tengah) menyaksikan Datuk Julita menyampaikan cenderahati kepada Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy

Dr Yusof bersama Datuk Julita bergambar bersama-sama panel dan peserta forum

KOTA KINABALU: Penganjuran Forum Integriti 2024 oleh Qhazanah Sabah Berhad (QSB) membabitkan pelajar Institusi Pendidikan. Tinggi (IPT) merupakan komitmen berterusan syarikat berkaitan kerajaan negeri itu dalam amalan urus tadbir berintegriti.

Forum yang bertemakan Di Ambang Pintu Kerja: Menyuluh Jalan Tanpa Rasuah dianjurkan bersempena Minggu Integriti Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Pengerusi QSB, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, QSB memberikan komitmen penuh dan mengambil langkah untuk menyokong program berkaitan integriti untuk difahami dan dihebahkan kepada orang awam termasuk kalangan pelajar.

“Ia sejajar dengan penerapan integriti dalam soal urus tadbir QSB bagi mengelakkan amalan rasuah. Dalam urusan tadbir korporat, integriti ini penting termasuk ketika berurusan dengan syarikat lain dan luar negara termasuk syarikat punya reputasi tinggi dan bertaraf dunia.

“Soal urus tadbir korporat yang telus dan berintegriti adalah yang dicari sekarang ini. Qhazanah Sabah Berhad sudah ke arah itu,” katanya ketika berucap pada forum itu yang acara penutupan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan 1 Datuk Julita Mojungki di Dewan Kuliah 1 Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy, Timbalan Naib Cancelor UMS Prof Madya Dr Raman B. Noordin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (Operasi) Anthea James Jipanus dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Rudy Jaglul. 

Forum ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan SPRM serta sokongan daripada UMS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah.

Ia disertai kira-kira 400 pelajar daripada beberapa IPT awam dan swasta sekitar daerah ini iaitu UMS, UiTM, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Kolej Yayasan Sabah.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, forum ini bukan acara yang pertama, QSB akan sentiasa memberi sokongan yang membabitkan soal urus tadbir yang berintegriti dan korporat yang baik.

“Integriti menjadi keutamaan dalam urus tadbir syarikat dan untuk tujuan itu, seorang pegawai SPRM telah ditempatkan di QSB, satu-satunya syarikat GLC kerajaan negeri yang mempunyai pegawai SPRM,” katanya.

Forum sehari itu menampilkan barisan panel yang berpengalaman iaitu Datuk Karunanithy,  Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Prof Madya Datuk Dr. Ramzah Dambul, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Rudy Jaglul dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Putrajaya Samsul Salip membincangkan pentingnya integriti dan pencegahan rasuah.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img