Saturday, July 19, 2025

Pelajar IPT digalakkan pilih program ikut keperluan semasa pekerjaan – Dr Yusof

Dr Yusof menyampaikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM 2023 SMK Sindumin.

SIPITANG: Pelajar digalakkan memilih program yang mengikut keperluan semasa pekerjaan ketika ingin melanjutkan pelajaran ke institusi Pengajian Tinggi

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia penting agar mereka mudah mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Katanya, antara program yang terdapat keperluan semasa seperti di bidang perubatan iaitu doktor, kejururawatan manakala di bidang teknologi digital dan pemrograman coding.

“Setiap pelajar sudah tentu ada minat masing-masing dan sebaiknya dalam melanjutkan pengajian memilih program atau bidang yang mempunyai keperluan pekerjaan semasa.

“Ini penting agar mereka mudah mendapat pekerjaan kelak apabila menamatkan pengajian,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Transformasi Sekolah (SMATS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin Kali ke-11 di Dewan Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah, semalam.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  SMK Sindumin turut menyampaikan anugerah pelajar cemerlang peperiksaan SPM 2023.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Zulkifle Kassim, Pengetua SMK Sindumin Harris Bali dan Yang Dipertua PIBG SMK Sindumin Zamri Arif.

Pada masa sama,  Dr Yusof turut menggalakkan pelajar menerokai bidang keusahawanan yang juga menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam perniagaan.

Menurutnya, para pelajar perlu ada hala tuju jelas dan perubahan mentaliti untuk mereka menempuh fasa seterusnya termasuk dalam bidang pekerjaan.

Beliau berkata,  pendidikan merupakan teras penting dalam segala kejayaan terutama menghadapi persaingan dalam dunia terbuka.

Hot this week

Ulu Padas Hydroelectricproject proceeding smoothly

Nizam...Barring any unforseen circumstances, it will be completed as...

Kg Sinulihan-Dambai road needs upgrading – KDM

KOTA KINABALU : - The upgrading of the Kampung...

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Topics

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img