Friday, July 25, 2025

Ubah suai tangki minyak, gagal lapor pertukaran nakhoda, dua buah bot ditahan

LAHAD DATU : – Dua buah bot, termasuk sebuah bot lampu dan bot nelayan tempatan, telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu semalam sekitar jam 2.55 petang.

Penahanan itu dilakukan kerana pengubahsuaian tangki minyak tanpa kebenaran serta kegagalan melaporkan pertukaran nakhoda.

Menurut Pengarah Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, operasi penahanan ini dilakukan semasa Op Pluto Timur 2/2013 dan Op Tiris 3.0, setelah pasukan penguat kuasa mengesan dua bot melakukan aktiviti mencurigakan kira-kira 3.7 batu nautika tenggara Pulau Sakar.

Katanya, hasil pemeriksaan awal bot lampu yang berwarna hijau putih dikendalikan oleh seorang warga Indonesia serta seorang individu etnik Palauh.

“Sementara itu, bot nelayan tempatan dikendalikan oleh seorang warga Indonesia dan enam individu Palauh.

“Kesemua mereka berusia antara 25 hingga 40 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Dzulfikhar, pemeriksaan lanjut mendapati bot lampu tersebut melanggar Akta Perikanan 1985 kerana mengubah suai tangki minyak tanpa kebenaran serta memiliki lesen yang telah tamat tempoh.

“Manakala bot nelayan tempatan melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) kerana gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

“Kedua-dua bot dan kru telah dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan tangkapan dianggarkan sebanyak RM350,000,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Dzulfikhar menegaskan bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Pihaknya akan terus mempergiatkan rondaan dan pemantauan bagi memastikan perairan negara selamat.

Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai jenayah maritim atau insiden di laut melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img