Saturday, June 21, 2025

Skandal Rasuah Sabah Akan Membebankan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Tahun 2025

Muhammad Affan Jumahat… mereka yang terbabit harus diheret ke mahkamah.

KOTA KINABALU : – Kedudukan Malaysia dalam Indeksi Persepsi Rasuah Malaysia “CPI” tahun 2024 kekal tidak berubah di tangga ke-57 daripada 180 buah negara di seluruh dunia selepas sekali lagi memperoleh 50 daripada 100 mata.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah,  Muhammad Affan Jumahat berkata, namun, skandal rasuah berhubung pemberian lesen penerokaan mineral di Sabah akan membawa impak yang besar terhadap Indeks Persepsi Rasuah Malaysia “CPI” tahun ini.

Katanya, kes itu yang dikatakan
melibatkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta lapan Ahli Dewan Undangan Negeri GRS yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat secara berterusan di media sosial mulai bulan November 2024 sehingga kini yang semakin menular.

“Pengakuan perbuatan rasuah oleh 8 orang ADUN tersebut didedahkan dalam rakaman video “HD” serta bukti perbualan WhatsApp yang disahkan oleh wartawan turut disiarkan di portal MalaysiaKini dan media sosial.

“Krisis ini merupakan skandal rasuah yang terbesar dalam sejarah Negeri Sabah, saya percaya bahawa skandal rasuah ini akan membebankan penilaian antarabangsa terhadap Indeks Persepsi Rasuah Malaysia “CPI” tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Muhammad Affan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU berkata, kegagalan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas dari segi politik mahu pun perundangan.

Sudah empat bulan skandal ini didedahkan dan kegagalan mengheret segera ADUN terlibat ke mahkamah, bukan sahaja memberikan mesej yang salah kepada rakyat tetapi membuktikan ketegasan beliau dalam memerangi rasuah selama ini cumalah lakonan semata-mata.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img