Tuesday, July 1, 2025

SPRM Sabah tahan pegawai penguatkuasa minta dan terima rasuah RM100,000

KOTA KINABALU : – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada syarikat-syarikat pengangkutan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sebuah daerah di negeri ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ini ditahan kira-kira jam 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Tangkapan terhadap pegawai penguat kuasa ini adalah susulan tangkapan terhadap pembantu penguat kuasa oleh SPRM Sabah pada Selasa lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah daripada kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November 2024 dan menerima wang antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM100,000.

“Wang itu sebagai dorongan untuk tindakan mengambil tindakan terhadap lori-lori milik syarikat berkenaan yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 1(a) Akta SPRM 2009.

katanya, suspek dibebaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hot this week

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Topics

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img