Friday, July 25, 2025

Dr Joachim meriahkan sambutan Hari Raya DUN Kundasang

RANAU : – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit menghadiri dan merasmikan sambutan Hari Raya Riang Ria peringkat Kampung Lobou Baru yang berlangsung di balai raya kampung tersebut, kelmarin (4 April).

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) tidak putus-putus menerima jemputan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang sejak hari pertama Syawal sehingga ke hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjemput saya untuk hadir dan meraikan Hari Raya di sini,” katanya.

Dr. Joachim turut menyatakan bahawa sambutan Hari Raya pada tahun ini begitu meriah dan diraikan oleh masyarakat dari pelbagai lapisan.

“Di negeri Sabah ini, kita meraikan pelbagai perayaan. Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, begitu juga dengan sambutan perayaan lain seperti Krismas dan Pesta Kaamatan,” katanya.

“Itulah keunikan negeri Sabah,” tambahnya.

Turut hadir mengiringi Dr. Joachim dalam ziarah Aidilfitri ini ialah Setiausaha Sulit, Japli Sami; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani bersama kakitangan UPPM DUN Kundasang serta Pegawai- pegawai kepada Dr. Joachim.

Selepas itu, Dr. Joachim turut menziarahi seorang warga emas yang uzur dan terlantar di Kampung Naradau sebelum meneruskan sambutan Hari Raya di Kampung Semuruh, Kampung Pinausuk dan Kampung Mesilau.

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img