Thursday, July 3, 2025

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : – Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) diseru agar memainkan peranan lebih aktif dan proaktif dalam membantu memajukan daerah melalui pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang lebih berkesan.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Hendrus Anding berkata, pelantikan ahli majlis bukan sekadar simbolik, sebaliknya peranan mereka amat penting dalam memperkasa fungsi PBT serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan agar perkhidmatan PBT sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa, bukan sahaja dari segi kecekapan dan ketelusan, tetapi juga keberkesanan menyelesaikan isu-isu rakyat secara teratur, cepat dan menyeluruh,” kata ADUN Tandek itu pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Kota Marudu Sesi 2025-2027 di sini pada Isnin (21 April).

Hendrus berkata, PBT juga perlu membantu menangani isu penempatan haram oleh pendatang tanpa izin (PTI), khususnya di tanah-tanah rizab Kerajaan dan milik persendirian yang menimbulkan pelbagai kesan sosial dan keselamatan.

Katanya, kerjasama erat antara PBT dan agensi-agensi penguatkuasaan lain adalah penting untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat diambil terhadap isu berkenaan.

Beliau turut menekankan keperluan PBT untuk memainkan peranan dalam membantu membasmi kemiskinan melalui pelaksanaan program atau pemberian bantuan yang bersasar, terutamanya kepada komuniti luar bandar.

“PBT juga perlu meningkatkan sosioekonomi penduduk dengan menyediakan bantuan serta kemudahan niaga kepada para peniaga tempatan, termasuk mempercepatkan kelulusan lesen operasi perniagaan bagi membolehkan mereka beroperasi tanpa halangan birokrasi,” katanya.

Hendrus menambah, dalam aspek pembangunan fizikal pula, PBT disaran untuk merancang dan melaksanakan projek pembangunan dengan pendekatan yang lebih sistematik, mampan dan berkualiti agar manfaatnya dapat dirasai secara berpanjangan.

Beliau berkata, setiap ahli majlis yang dilantik harus berusaha sedaya mungkin untuk menyumbang idea, tenaga dan kepakaran dalam membantu PBT melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih cemerlang.

“Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada tuan-tuan bukan satu keistimewaan, tetapi satu amanah besar. Pastikan setiap keputusan dan tindakan yang diambil sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat,” ujarnya.

Hendrus turut mengingatkan agar semua pihak di peringkat PBT sentiasa bersedia mendengar pandangan rakyat dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Kota Marudu, Meirin Sugarah; Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Kota Marudu, Abdul Sani Arsat; Ketua-Ketua Komponan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan pemimpin setempat.

Hot this week

ANAK NEGERI urges Sabah’s inclusion in Ambalat Block decisions

Henrynus Amin…Sabah deserve to be at the table when...

GRS perlu tenang, perkukuh jentera hadapi serangan politik lama

Aksyah Haji Nasrah KOTA KINABALU : - Gabungan Rakyat Sabah...

Not lobbying to be a candidate, priority is to help KDM win PRN17

Willie Jude Junaidi...might contest one of the state constituency...

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

Topics

ANAK NEGERI urges Sabah’s inclusion in Ambalat Block decisions

Henrynus Amin…Sabah deserve to be at the table when...

GRS perlu tenang, perkukuh jentera hadapi serangan politik lama

Aksyah Haji Nasrah KOTA KINABALU : - Gabungan Rakyat Sabah...

Not lobbying to be a candidate, priority is to help KDM win PRN17

Willie Jude Junaidi...might contest one of the state constituency...

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img