Tuesday, July 15, 2025

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki…keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas siasatan lengkap dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

PUTRAJAYA : – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bersama seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Albert Tei’ akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen cari gali mineral di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas siasatan lengkap dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Seperti mana semua sedia maklum pada 30 Jun 2025 ini, tarikh di Mahkamah Rasuah Kota kinabalu, dua orang ADUN akan dituduh dan seorang ahli perniagaan seorang ahli perniagaan yang bernama Albert Tei.

“Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Kita tunggu prosiding pada tarikh tersebut.

“Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau,” katanya dalam sidang media di Iibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Ditanya mengenai jika ada tangkapan baharu dalam masa terdekat, Azam bagaimanapun tidak boleh mendedahkan perkara tersebut.

Pada Isnin lalu, seorang lagi ADUN yang juga Pembantu Menteri ditahan SPRM Sabah selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen cari gali di negeri ini.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.

Azam mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img