N18 Inanam: Edna Jessica dan Shone Majimbun – adik beradik bertanding namun ikatan keluarga tetap kukuh

124

Edna dan adiknya Shone Majimbun selepas kertas pencalonan mereka diterima untuk bertanding di DUN N18 Inanam.

INANAM : Diantara 13 orang calon bertanding di N18 Inanam ialah adik beradik Edna Jessica (Warisan) dan Shone Majimbun (Bebas).

Dalam satu pertemuan dengan Edna, beliau berkata ibu bapa mereka memilih untuk bersikap neutral, tidak memihak kepada mana-mana anak.

“Sebaliknya mereka   restu, doa, dan kasih yang sama rata, kerana bagi mereka, inilah erti sebenar demokrasi dan keluarga, ” katanya.

Menurut Edna, inilah nilai keluarga, nilai perjuangan dan dari sinilah langkahnya ke arena politik bermula.

“Dalam setiap langkah kempen ini, hati saya sentiasa kembali kepada dua insan yang menjadi tiang hidup saya, ibu dan bapa saya, ” Katanya.

Ramai sudah tahu bahawa dalam pilihan raya kali ini, saya dan adik saya sama-sama bertanding, masing-masing di platform yang berbeza.

Sejak kecil, ibu bapa mereka mantan MP Sepanggar Datuk Eric Majimbun dan Datin Sylvia Siap mengajar mereka bahawa:

* pilihan boleh berbeza, tetapi kasih keluarga tidak pernah berubah
* demokrasi bermula dengan kebebasan untuk memilih
* dan pemimpin mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk ego, bukan untuk sesiapa di belakangnya.

” Inilah nilai-nilai inilah yang membentuk saya, ” kata Edna yang sanggup melatak jawatan sebagai Ketua Daerah/Ketua Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk bertanding dalam pilihanraya ini.

“Nilai-nilai inilah yang mendorong saya untuk bangun dan berjuang untuk Inanam, ” ujarnya.

Edna dengan rendah hati,  memohon agar pengundi Inanam memilihnya  kerana:

✔ Saya membawa suara wanita, ibu, dan keluarga yang sudah lama menunggu perubahan asas.

✔ Saya memahami beban rakyat air tidak cukup, elektrik tidak stabil, jalan terabai, peluang pekerjaan terbatas.

✔ Saya pemimpin yang berani berkata benar, dan tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

✔ Saya komited untuk berkhidmat dengan hati, bukan dengan kepentingan diri.

✔ Nilai perjuangan Warisan kesatuan, keberanian menuntut hak, dan mandat majoriti demi Sabah adalah harapan untuk masa depan anak-anak kita.

Edna menjelaskan bahawa masa depan Inanam bukan ditentukan oleh mana-mana kuasa luar tetapi oleh rakyat Inanam sendiri.

“Dan jika nilai yang membesarkan saya keikhlasan, keberanian, hormat dan khidmat tanpa syarat, adalah nilai yang anda mahukan dalam pemimpin anda.”

“Maka dengan penuh kerendahan hati, saya memohon sokongan anda untuk membawa nilai-nilai itu ke DUN N18 Inanam, ” ujar Edna.

Demi keluarga.
Demi Inanam.
Demi Masa Depan Anak-anak kita.

“Inanam deserves a leader who stands with the people, fights for the people, and never forgets where she/he came from. (Inanam layak mendapat pemimpin yang berdiri bersama rakyat, berjuang untuk rakyat, dan tidak pernah lupa dari mana dia berasal.)

Previous articleUPKO Tuaran hormati keputusan Fairuz Bandar, ucapan Selamat Maju Jaya