‘Hayati Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia’

Sebahagian hadirin di majlis itu.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Rabu 30 Ogos): Generasi muda diperingat untuk menghayati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy berkata, perkara itu penting sebagai usaha menanam semangat kecintaan dan patriotik terhadap negeri dan negara.

Menurutnya, melalui ingatan terhadap sambutan dua hari penting itu akan membawa kepada usaha untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan negeri serta negara terus dipertahan.

“Pentingnya pelbagai program diadakan pada dua tarikh tersebut bagi memastikan generasi muda kita terus mengingati sejarah perjuangan mendapatkan kemerdekaan yang bukan mudah sehingga hasilnya dinikmati pada masa kini,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah berkata demikian di majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan di Dewan Terbuka SMJ Tanjung Batu Darat di sini pada Rabu.

Katanya, setiap kawasan perlu merangka program bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan dan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Semua pihak termasuk syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan badan bukan kerajaan bersama-sama memastikan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ini dapat diraihkan dengan semangat yang tinggi,” katanya lagi.

Terdahulu Andi yang juga wakil rakyat Tanjong Batu berkata, langkah pencegahan perlu diambil dalam usaha menangani kawasan yang sering dilanda banjir apabila berlaku hujan lebat dan berterusan.

“Kita harap peruntukan untuk tebatan banjir dapat diluluskan dan kita harap kerajaan prihatin isu banjir yang melanda beberapa kawasan di Tanjung Batu,” katanya.

Hot this week

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

Topics

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img