Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

13 remaja didakwa bunuh pelajar kolej vokasional

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Lahad Datu bagi pertuduhan membunuh seorang pelajar kolej vokasional pada 21 dan 22 Mac lalu. (Gambar Bernama)

LAHAD DATU: Tiga belas remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional, di sini, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semua remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

Prosiding secara tertutup berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana melibatkan kes juvana.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan. – Bernama

Popular Articles