Tuesday, July 15, 2025

Malaysia sedia keluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun

Saifuddin menyerahkan pasport yang diperbaharui kepada seorang pelanggan di kaunter Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Sabah di KKIA pada Jumaat

KOTA KINABALU : – Malaysia kini bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, tarikh pelaksanaannya akan diumumkan apabila ia akan dilaksanakan nanti.

Menurutnya, buat masa sekarang negara ini hanya mengeluarkan pasport bagi tempoh selama lima tahun.

“Beberapa bulan lepas saya telah membuat satu pengumuman bahawa Jabatan Imigresen sedang menjalankan kajian libat urus untuk sama ada sesuai untuk Malaysia juga mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun seperti mana amalan negara-negara lain di dunia.

“10 tahun ni bukanlah satu perkara baharu, negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura sudah keluarkan pasport 10 tahun.

“Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis juga mengeluarkan pasport sah laku 10 tahun. Jadi kita sudah bersedia tetapi tarikh pelasanaan itu kita akan umumkan,” katanya selepas merasmikan Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu turut berkongsi rasa bangganya apabila reputasi atau kredibiliti bahawa pemegang pasport Malaysia mendapat perjalanan tanpa visa di 183 negara seluruh dunia.

“Ukuran reputasi atau kredibiliti sebuah pasport itu diukur. Berapa banyak negara boleh bagi pengecualan visa.

“Pasport kita, siapa yang pegang dan gunakan sebagai dokumen perjalanan, dia boleh dapat pengecualan visa di hampir 183 negara dan ini meletakkan kita pada ranking yang ke-12 seluruh dunia.

“Ini berpandukan kepada kita panggil Index Passport Handling 2024 yang dikeluarkan ataupun berpandukan pada data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kalau kita nak banding di peringkat Asia, kita berada pada kedudukan nombor lima,” jelasnya.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img