Tuesday, July 15, 2025

Kiulu boleh menjadi destinasi pelancongan mesra kesihatan – Joniston

Joniston meneliti maklumat  mengenai demensia dan alzheimer sambil mendengar penerangan daripada Pengasas Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah, Datuk Zahra Ismail.

KIULU  :  – Kiulu boleh menjadi destinasi pelancongan mesra kesihatan dengan memanfaatkan keindahan alam semula jadinya dan sokongan daripada komuniti setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau menggambarkan Kiulu sebagai destinasi “tourism with a heart” di mana pelancongan bukan sahaja mempromosikan keindahan semula jadi tetapi juga memberikan manfaat kesihatan kepada pelawat dan penduduk tempatan.

“Kiulu memiliki nilai kekitaan dan semangat komuniti yang kuat. Kita boleh mempromosikan pelancongan yang membawa manfaat holistik kepada semua pihak,” kata Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Ceramah Kesedaran Demensia dan Alzheimer sempena Bulan Kebajikan di Dewan Masyarakat Kiulu, pada Khamis.

Dalam menekankan pentingnya kesedaran tentang penyakit ini, Joniston menegaskan peranan komuniti kecil seperti Kiulu dalam memberikan sokongan kepada individu yang mengalami penyakit seperti dimensia.

“Dengan struktur sosialnya yang erat, Kiulu boleh menjadi contoh bagaimana komuniti kecil boleh memainkan peranan besar dalam memberikan sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka.

“Selain itu, penggunaan terapi alam semula jadi, seperti suasana damai dan keindahan lanskap Kiulu, serta aktiviti tradisional seperti pertanian dan pembuatan kraftangan boleh menjadi elemen sokongan kepada pesakit,” tambahnya.

Program kesedaran yang dianjurkan oleh Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah, dengan kerjasama komuniti setempat, turut melibatkan ceramah dan sesi perkongsian maklumat tentang gejala, pencegahan, dan sokongan bagi pesakit demensia dan Alzheimer.

Joniston berkata program ini dapat melengkapkan penduduk Kiulu dengan maklumat penting, membolehkan mereka mengenal pasti tanda-tanda awal Demensia dan Alzheimer serta menyediakan sokongan moral, fizikal, dan sosial sejajar dengan nilai komuniti Kiulu yang penuh kesatuan.

Program ini turut dihadiri Pengasas Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah, Datuk Zahra Ismail; Timbalan Presiden Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Venitia Lojuti dan  Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.15 Kiulu, Golubi Guntarek.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img