Wednesday, June 25, 2025

Nelayan digesa ambil peluang program Pemutihan Pelesenan

Dr Jeffrey

KOTA KINABALU (Sabtu Ogos 12): Jabatan Perikanan Sabah akan membuka semula Program Pemutihan Pelesenan (Amnesty) 2.0 dan meminta semua nelayan mengambil peluang dalam program ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, langkah ini diambil setelah Jabatan mengambilkira semua aspek serta permintaan daripada para nelayan dan pengusaha dalam industri perikanan tangkap marin. 

Katanya, Program Pemutihan Pelesenan 2.0 akan diperluaskan skopnya dengan melibatkan beberapa penambahbaikan syarat-syarat yang merangkumi perikanan tradisi dan komersial. 

“Ini bermakna, mana-mana nelayan atau pengusaha perikanan tangkap marin di Sabah yang mempunyai masalah atau isu berkaitan pelesenan perikanan tangkap marin, boleh berhubung terus dengan Pejabat-Pejabat Perikanan Daerah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Tahun lalu, sebanyak 131 permohonan telah diluluskan dan dijangkakan tahun ini akan lebih banyak permohonan diterima yang akan memberi manfaat kepada nelayan tradisi dan komersial dalam sektor perikanan tangkap marin di 16 buah daerah. 

Program seperti ini katanya, akan membantu melonjakkan lagi perkembangan industri perikanan di Sabah bagi memastikan bekalan ikan tempatan dan untuk eksport sentiasa tersedia dan mencukupi. 

Pembukaan semula Program Pemutihan Pelesenan akan bermula Ogos ini dan dijangka dilaksanakan tidak melebih tempoh 3 bulan.

Sehubungan itu, kementerian menyeru kepada semua Nelayan di Sabah untuk mengambil peluang program pemutihan (amnesty) ini kerana, selepas ini jabatan tidak lagi bercadang untuk mengadakan program pada masa terdekat ini.

Hot this week

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki...keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas...

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img