Sunday, June 22, 2025

Zon Maritim Sandakan rampas RM90.32 juta dalam 67 siri tangkapan laut tahun ini

Kepten  Maritim  Muhamad Suhairy…Maritim Malaysia komited menangani jenayah di laut.

SANDAKAN :  – Sebanyak  67  tangkapan  membabitkan  pelbagai kesalahan  di  perairan  negara  telah  direkodkan  Agensi  Penguatkuasaan  Maritim Malaysia  (Maritim  Malaysia)  Zon  Maritim  Sandakan  bagi  tahun  2024

Ini melibatkan jumlah nilai rampasan sebanyak RM90.32 juta dengan 136 orang ditahan dan 26 orang telah didakwa di mahkamah.

Menurut  Pengarah Zon  Maritim Sandakan,  Kepten  Maritim  Muhamad Suhairy  bin Hussain, sebanyak 23,705 pemeriksaan vesel dilakukandengan hampir 52,151 orang telah diperiksa dalam tempoh yang sama.

Mengulas lanjut, Suhairy berkata Maritim Malaysia komited menangani jenayah di laut dalam   melaksanakan   tanggungjawab   untuk   menguatkuasakan   undang-undang negara termasuk menyelamatkan nyawa dan harta benda di laut.

Ujarnya, Zon Maritim Sandakan turut menjalankan kempen kesedaran keselamatan di  laut  bagi  meningkatkan  pengetahuan  dan  kesedaran  komuniti  maritim  tentang keselamatan semasa menjalankan aktiviti di laut.

“Sepanjang tahun 2024, Zon Maritim Sandakan telah melaksanakan sebanyak 173 Taklimat Pencegahan CARILAMAT (Preventive SAR) iaitu 152 dilakukan oleh aset yang berada di laut dan 21 lagi melaluitaklimat yang dilakukandi sekolah dan pejabat Zon  Maritim  Sandakan  dengan  penglibatan  melebihi  1,500  orang  peserta  dari kalangan pelajar, persatuan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini..

Tambahnya, sebanyak 57 orang dan RM3.21 juta harta benda berjaya diselamatkan sepanjang tempoh 2022 hingga 2024.

“Zon Maritim Sandakan sentiasa meningkatkan kawalan dan kesiagaan di laut bagi mengawal 9,435 km² keluasan Kawasan Tanggungjawab (KTJ) merangkumi panjang pantai 416.3 km bermula dari Pulau Jambongan sehingga ke Pulau Tambisan iaitu sepanjang perairan daerah Beluran, Sandakan dan Kinabatangan untuk memastikan perairan negara selamat dan aman kepada komuniti maritim,” jelas Suhairy.

Beliau turut  mengingatkan  semua yang  berhasrat  melakukan  aktiviti  di  laut  agar mengambil   langkah-langkah   keselamatan  seperti   memakai  jaket   keselamatan, merujuk  ramalan  kaji  cuaca,  memastikan  bot  dalam  keadaan  baik,  membawa Personal Locator Beacon (PLB), memaklumkan destinasidituju kepada ahli keluarga, membawa bekalan makanan secukupnya serta mengelakkan aktiviti di luar kawasan liputan telekomunikasi.

Orang   awam   diminta   agar   melaporkan   sebarang   kejadian   kecemasan   dan kemalangandi laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 atau ke talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img