Wednesday, April 16, 2025

Perpaduan mampu bina kemajuan: Dennison Indang

Datuk Ewon Benedict dan Dennison R Indang pada majlis sambutan Tahun Baharu Naga malam tadi

KOTA KINABALU: Perpaduan dalam kepelbagaian adalah contoh yang sangat baik untuk memajukan negara yang berbilang kaum.

Bendahari Agung UPKO Dennison R Indang berkata, daripada status pendatang awal yang membina komuniti ini hinggalah pemuda-pemudi yang membentuk masa depannya, kemajuan dibina atas nama perpaduan.

“Marilah kita berusaha mencapai kejayaan dengan bekerjasama membantu mereka yang memerlukan selain memelihara warisan budaya dan menyambut suara-suara golongan baharu.

“Kejayaan bukan sekadar menunjukkan kekayaan atau status nama. Kejayaan adalah komuniti di mana tiada seorang pun ketinggalan daripada pelbagai arus pembangunan,” katanya berucap di majlis Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tanjung Aru pada Ahad.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UPKO kota Kinabalu memberitahu, mencurahkan semangat demi untuk perpaduan dalam kepelbagaian adalah satu usaha murni yang perlu digalakkan dalam masyarakat.

“Sambil kita mengangkat cawan, ingatlah bahawa Tahun Baharu Cina bukan sekadar melihat ke belakang, tetapi ia juga adalah mengenai melangkah ke hadapan dan berganding bahu bersama-sama,” tambahnya.

Beliau menggesa semua pihak untuk menghormati perbezaan, menghargai nilai bersama dan membina masa depan di mana setiap suara rakyat didengari.

Perayaan seperti Tahun Baru Cina katanya adalah untuk perpaduan, untuk kepelbagaian dan dengan harapan tahun ini menerima penuh berkat untuk semua.

Dennison berkata, masyarakat berkumpul untuk menyambut Tahun Ular yang baharu bukan sekadar menyambut permulaan baharu, tetapi juga merayakan ikatan erat yang menyatukan semua.

“Tahun Baharu Cina mengingatkan kita bahawa kekuatan terletak pada perpaduan dengan menghormati warisan budaya dan berkongsi kebahagiaan. Tidak diragui lagi kepelbagaian menjadikan komuniti kita begitu istimewa.

“Komuniti yang ketawa bersama akan maju bersama. Lihatlah sekeliling. Tawa, cerita dan bunyi cawan teh yang bertemu adalah bunyi komuniti yang dipenuhi ikatan kasih,” katanya.

Beliau menyamakannya seperti tanglung yang menerangi jalan. Kegembiraan bersama boleh menerangi laluan ke arah kemakmuran, tidak kira berkongsi hidangan atau menari mengikut rentak tarian singa.

Beliau memetik kata-kata seorang tokoh terkenal Helen Keller yang pernah berkata:
“Berseorangan kita boleh lakukan sedikit tetapi jika bersama, kita boleh lakukan banyak”

Dennison memberi contoh kepelbagaian kaum, generasi, latar belakang dan impian yang berbeza dalam dewan yang dihadiri ramai yang ada tetapi disatukan oleh tradisi dan harapan.

Katanya, seperti dalam hidangan steamboat, setiap orang merasa keunikan berbeza. Apabila digabungkan kekuatan di mana orang tua berkongsi kebijaksanaan dan anak muda membawa semangat, masyarakat itu pasti dapat mencipta sesuatu yang hebat.

Oleh itu katanya, berkumpul seperti merayakan Tahun Baru Cina malam adalah permulaan tahun baharu untuk mengukuhkan ikatan bersama dalam sesebuah masyarakat.

“Marilah kita hormati perbezaan, hargai nilai bersama dan bina masa depan di mana setiap suara didengari. Untuk perpaduan, kepelbagaian dan tahun yang penuh berkat untuk semua,” katanya.

Hot this week

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...

Topics

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img