Monday, June 23, 2025

KUSKOP berjaya bantu 612,692 usahawan PMKS, Koperasi setakat September tahun ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya membantu seramai 612,692 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Januari hingga 30 September tahun ini, di seluruh negara.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kesemua usahawan itu menerima manfaat daripada pelaksanaan 206 program yang dilaksanakan kementerian dan agensi-agensi kementerian.

“Ia merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, adaptasi digitalisasi dan automasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan dengan nilai pembiayaan RM6.45 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Dua Tahun Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di KLCC, di sini, hari ini.

Ewon berkata, dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan.

Katanya, ia bertujuan untuk menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pemecutan pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan negara, mempertingkat skala dan daya saing usahawan dan koperasi dan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan supaya lebih fasilitatif dan efektif.

“KUSKOP telah membangunkan dasar, garis panduan dan pelan tindakan seperti Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2030, Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKom 2030), Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara (D3PKN) 2030.

“Selain itu, kementerian juga telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Program SDSI Versi 2.0, Garis Panduan Aspek Kawal Selia Perniagaan Dari Rumah (Home-Based Business), Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023-2027, Pelan Pemformalan Usahawan Informal dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030,” katanya.

Ewon berkata, antara program dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kementerian tahun ini ialah Program Pembangunan Premis Tamu Desa, bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu para peniaga kecil di desa dan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.  

“Pada tahun ini sebanyak 92 tapak Tamu Desa dibina baharu dan dinaiktaraf dengan peruntukan RM19 juta di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dari segi inisiatif pembiayaan di bawah agensi-agensi pembiaya KUSKOP, dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, sejumlah RM6.45 bilion pembiayaan telah disalurkan kepada 265,325 usahawan menerusi skim pembiayaan PMKS melalui TEKUN, AIM, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. dan PERNAS.  

“Dalam tempoh yang sama, Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berjaya merekodkan jualan RM8.54 juta melibatkan 254,568 pengguna melalui 95 program JMKU yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Pencapaian KUSKOP dari segi Program Bimbingan dan Latihan pula, berjaya membimbing dan melatih seramai 8,308 usahawan melalui aspek pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah INSKEN,” katanya.

Ewon berkata, KUSKOP juga melaksanakan Misi Pengembangan Perdagangan Usahawan Halal, Vendor dan Francais di Jepun, Perancis, Jerman dan Arab Saudi.

“Dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, sejumlah RM1.53 bilion nilai jualan sebenar dan potensi nilai jualan direkodkan di 16 misi perdagangan antarabangsa melibatkan 289 usahawan,” katanya.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img