Friday, May 9, 2025

Lelaki hilang lima hari ditemui mati

Anggota SAR membawa turun dari kawasan bukit mayat mangsa.

Oleh Hardy Joe

TUARAN (Selasa 29 Ogos): Lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan hilang dalam hutan Kampung Bambangan Lama, Ulu Kiulu sejak 22 Ogos lalu, ditemukan mati kelmarin.

Mayat mangsa, Kevin Lokuman dijumpai penduduk pada jam 10.30 pagi, kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung dan penemuan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) jam 12.50 tengah hari kelmarin sebelum ke lokasi penemuan mayat.

“Pasukan bomba membawa mayat menggunakan pengusung ke PKTK yang mengambil masa kerana laluan bukit yang sukar di kawasan hutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis jam 6.14 petang untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat hari kelima itu ditamatkan jam 6.24 petang.

Pada 24 Ogos, ahli keluarga mangsa melaporkan kehilangan lelaki itu di Balai Polis Tamparuli selepas mangsa tidak kembali ke rumah sejak 22 Ogos.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemudian digerakkan membabitkan pelbagai agensi dan orang awam.

Sementara itu Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian insan berkenaan.

“Saya dimaklumkan Kevin keluar rumah pada Selasa lalu dan tidak pulang rumah sehingga keluarganya risau,” katanya.

Hot this week

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Topics

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img