Friday, May 9, 2025

Remaja dipercayai hanyut belum ditemui

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis bertemu keluarga remaja perempuan yang hilang di sungai pusat pelancongan di Kampung Ratau, Kota Belud.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

KOTA BELUD (Rabu 30 OGOS): Gerakan mencari dan menyelamat remaja perempuan yang hilang di sungai berhampiran pusat pelancongan di Kampung Ratau di sini, semalam, diteruskan pada Rabu.

Mangsa warga tempatan, dikenali Qiezlle Uyiko, 14, dari Inanam dilaporkan hilang pada jam 2.30 petang oleh ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.49 petang berhubung kejadian.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan air sungai berhampiran pusat pelancongan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang berada di lokasi kejadian memberikan kata semangat kepada keluarga mangsa yang masih hilang.

“Saya menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa,” katanya.

Isnaraissah juga diberikan taklimat oleh Muhammad Syazwan berkaitan kekuatan pasukan mencari dan menyelamat yang berusaha mengesan mangsa.

“Saya difahamkan pasukan penyelamat dibahagikan enam pasukan termasuk sukarelawan diletakkan di beberapa lokasi sehingga jambatan Bobot Sungai Tempasuk,” katanya.

Beliau berkata, turut terbabit dalam operasi itu ialah unit anjing pengesan (K9) jabatan bomba dan penyelamat.

Hot this week

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Topics

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img