Friday, May 9, 2025

Kiandee minta kerajaan henti sindrom penafian isu beras

Kiandee

KOTA KINABALU (Jumaat 8 September): Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diminta untuk tidak berada dalam sindrom penafian berkenaan skandal manipulasi pemasaran beras putih tempatan (BPT).

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kementerian harus lebih serius dan peka menangani masalah kekurangan BPT ini.

“Ini hanya berlaku ketika harga runcit Beras Putih impot mencecah sehingga RM3.90 sekilo, berbanding harga kawalan runcit BPT pada harga RM2.60 sekilo. 

“Perbezaan harga yang ketara ini pastinya merupakan salah satu faktor pendorong kepada skandal manipulasi untuk terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Negara secara konsisten telah berjaya mengeluarkan beras tempatan mencecah 65 peratus Tahap Sara Diri (SSL) dan hanya mengimpot 35 peratus daripada keperluan. Malah sebahagian besar daripada beras yang diimport ini adalah beras wangi dan beras istimewa dan bukan beras putih.

Namun persoalannya kata Kiandee, di mana perginya beras putih tempatan yang tiba-tiba berkurangan secara ketara ketika ini? 

Beliau mempersoalkan apakah jaminan Kementerian bahawa kekurangan ini tiada kaitan dengan kenaikan harga runcit beras import.

“Tindakan menteri dan kementerian sekadar mengeluarkan kenyataan penafian bahawa tiada manipulasi beras tempatan dijual sebagai beras import adalah amat tidak memadai.

“Kementerian harus lebih proaktif dalam memastikan pengguna tidak ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin meraih keuntungan memanipulasi beras tempatan sebagai beras import,” katanya.

Menurut Kiandee, tindakan mengehadkan pembelian 100kg bagi setiap individu seperti yang diumumkan oleh kementerian hari ini adalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Katanya, ia tidak menampakkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan kerana pengumuman seperti ini pada hakikatnya tidak memberi kesan jika tidak disusuli dengan tindakan pengkuatkuasaan yang berkesan.

Beliau menambah, kekurangan beras putih tempatan di pasaran akan lebih meresahkan, membebankan dan mengecewakan rakyat ketika ini yang sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup sejak pemerintahan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Saya memohon agar Kerajaan lebih peka dan memastikan bekalan beras tempatan tidak akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kerajaan membelanja lebih RM1.8 billion setahun melalui pelbagai subsidi untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati bekalan beras putih tempatan pada harga RM1.80 sekilo.

Hot this week

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

Topics

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img