KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri majlis angkat sumpah dan menandatangani istiadat pemasyhuran jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17, Sultan Ibrahim bagi tempoh lima tahun di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Istiadat yang diadakan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri (bilik takhta), Istana Negara turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Hajiji diiringi Safar tiba di Istana Negera bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim menaiki takhta menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menamatkan pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong mengiringi Hajiji ke majlis itu.