Friday, May 9, 2025

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah disambut meriah

Hajiji menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormat Utama di majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah pada Isnin.

Hajiji bersama sebahagian daripada menteri dan kenamaan sempena sambutan Hari Pahlawan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka pada Isnin. 

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin turut berkenan hadir dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik Hormat DiRaja. 

Terdahulu Hajiji yang tiba pada jam 7.50 pagi disambut oleh Jawatankuasa penganjur Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka.

Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku, tiupan paluan akhir ” The Last Post” oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia dan tiupan “Rouse”.

Antara yang hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Kadzim M Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Timbalan-Timbalan Speaker DUN, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sr. Safar Untong. 

Hajiji turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri.

Hot this week

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Topics

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img