KENINGAU: Pertubuhan Etnik Murut Nabai Sabah (PEMNS) Cawangan Kampung Patikang Laut Keningau mengadakan Kelas Bahasa Murut Nabai.
Kelas bermula pada 25 Mei 2024 di Dewan Terbuka Kg.Patikang Laut Keningau.
Kelas Bahasa Murut Nabai dikelolakan di bawah Biro Pendidikan diketuai oleh Prof Madya Dr Aini Janteng seorang Pensyarah Universiti Malaysia Sabah.
Pengerusi PEMNS Iskandar Amat memberitahu kelas dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kanak-Kanak berumur 7-13 Tahun dan Kategori Remaja/Dewasa.
Setakat ini seramai 17 orang kanak-kanak telah mendaftar dan telah mengikuti kelas pada 28 Mei 2024, ” katanya
Seramai 20 remaja/dewasa telah mendaftar dan juga mengikuti kelas pada 25 Mei.
Menurut Iskandar, pengajaran dan pembelajaran Kelas Bahasa Murut Nabai dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar secara gratis.
“Walaupun keadaan kelas tidak kondusif ini tidak mematahkan semangat peserta dan tenaga pengajar untuk memartabatkan Bahasa Murut Nabai,” katanya