Home Berita 16 Sept cuti bertindih tapi 17 Sept bukan cuti umum: Hajiji

16 Sept cuti bertindih tapi 17 Sept bukan cuti umum: Hajiji

KOTA KINABALU : – Kabinet Sabah mengumumkan tiada cuti umum akan diberikan pada 17 September sebagai cuti ganti kepada 16 September.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Hari Malaysia tahun ini, yang merupakan cuti umum, bertepatan dengan Maulidur Rasul (Hari Kelahiran Nabi Muhammad), juga merupakan cuti umum pada 16 September.

“Namun, Kabinet Negeri telah memutuskan bahawa tiada penggantian cuti umum untuk hari berikutnya bagi sektor awam,” katanya.

Hajiji berkata, bagi sektor swasta pula, ia adalah atas budi bicara majikan sama ada ingin memberikan cuti kepada pekerja mereka pada 17 September.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abdul Rahman Zohari Openg akan menghadiri sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Sabah pada 16 September.

Hajiji berkata, sambutan tersebut, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri serta Kementerian Komunikasi Persekutuan, akan diadakan di Padang Merdeka bermula jam 7 malam.

NO COMMENTS

Exit mobile version