Friday, July 5, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Madius mempengerusi mesyuarat sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 5 Jun

TUARAN: Isu-isu berkaitan alam sekitar merupakan salah satu aspek yang sentiasa dekat di hati Ahli Parliament Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Sehubungan dengan itu beliau
pada Rabu mempengerusikan mesyuarat bersama lebih kurang 23 agensi kerajaan, universiti dan 29 ketua kampung sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun depan.

Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan.

Antaranya, pengisian program dan pembahagian kampung-kampung yang terlibat untuk dijadikan kampung angkat kepada Institusi Pengajian Tinggi di Sabah.

Tangau menerangkan bahawa program ini dianjurkan melalui kerjasama di antara Pusat Khidmat Parlimen Tuaran bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Terima kasih kepada semua yang telah hadirkan diri pada mesyuarat bilangan pertama ini,” katanya.

Beliau mengajak semua terlibat sama sama pastikan agar penganjuran program ini akan berlangsung dengan jayanya.

Doakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar, katanya.

Popular Articles