Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

OKK Edna Jessica Majimbun wanita pertama Ketua Daerah di Sabah

OKK Eric Majimbun, OKK Edna Majimbun dan OKK William Majinbon.

KOTA KINABALU: Menjadi wanita pertama sebagai Ketua Daerah di Mahkamah Anak Negeri (MAN) Kota Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah, menurut Orang Kaya Kaya (OKK) Edna Jessica Majimbun.

Tugas yang sebelumnya diterajui oleh lelaki itu memerlukan pengorbanan diri  yang besar.

Sejak  tahun 2020 berkhidmat sebagai Ketua Daerah, beliau mengenepikan segala persepsi negatif bagi mengukuhkan moralnya terutama ketika turun padang bersemuka dengan masyarakat  di perkampungan dan luar bandar.

Menurut Edna, 48, pelantikan beliau adalah satu penghormatan tertinggi buatnya sebagai seorang wanita yang turut mewarisi sejarah penglibatan keluarga besar ‘Majimbun’ dalam dunia perundangan sekaligus memastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga.

“Kalau mengikut penelitian daripada bapa saya, Datuk saya, OKK Majimbun Majangkin mula dilantik menjadi Ketua Daerah Kota Kinabalu oleh Gabenor British pada tahun 60-an.

“Selepas itu jawatan yang sama disandang oleh ayah saudara saya OKK John Majimbun tahun 1981 hingga 1985.”

“Selepas itu ayah saya OKK Datuk Eric Majimbun  tahun 1987 hingga 2004 sebelum berhenti untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Sepanggar (2004 – 2013) yang kemudian diteruskan oleh ayah saudara saya OKK Datuk William Majinbon sehinggalah sampai kepada saya,” katanya semasa temubual dipejabatnya baru baru ini.

Beliau menambah, biarpun tugasnya itu agak mencabar, keluarganya sentiasa ada untuk memberi sokongan dan nasihat selain mendapat motivasi daripada fail perbicaraan serta doket peninggalan datuknya yang masih disimpan rapi di pejabat berkenaan

Katanya, Datuk William turut membantu dan menjadi rujukan  dalam menjalakan tugas seharian di Mahkamah dan selalu membawanya  dalam activiti masuk kampung.

“Pada mulanya bila saya masuk ke pejabat saya nampak semua doket ada hasil tulisan datuk saya sendiri di mana saya dapat merasakan bagaimana keadaan dia dahulu ketika menjabat jawatan Ketua Daerah dengan bahasa naskah lama tahun 60-an.”

“Ayah saya yang banyak memberi dorongan dan meyakinkan saya untuk mampu menggalas tugas ini, ia memberi saya semangat untuk tahu lebih mendalam tentang mahkamah , jadi dia sediakan saya dengan semua buku rujukan berkaitan,” tambah Edna dengan yakin.

Bersama seorang lagi Ketua Daerah Datuk Saidon Haji Kadis, dalam urusan tadbir mereka dibantu oleh 11 orang Ketua Anak Negeri (KAN), 21 orang Wakil KAN, 31 orang Kapitan dan 82 orang Ketua Kampung.

Pemimpin masyarakat ini dari  kawasan Dewan Undangan Negeri N16 Karambunai, N17 Darau, N18 Inanam, N19 Likas, N20 Api-Api, N21 Luyang dan N22 Tanjung Aru.

KAN Roger Impau

“Saya bersyukur juga didampingi Ketua Anak Negeri (KAN) Roger Impau, KAN Rocky Mabin dan KAN yang lain, “ujarnya lanjut.

KAN Rocky Mabin

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berharap dia dapat membuktikan kepada wanita di luar sana bahawa mereka mampu untuk menghadapi apa jua cabaran dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu demi untuk menggapai kejayaan.

Popular Articles