Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Dua inisiatif baharu tingkat kesejahteraan rakyat

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor bersama tetamu yang hadir daripada pelbagai suku kaum sempena majlis makan malam di sini. Hadir sama Pengerusi Yayasan Sinar Kasih, Dato’ Sri Hj Nasir Tun (Dr) Hj Sakaran

Ketua Menteri Hajiji memalu gong sebagai gimik pelancaran Yayasan Sinar Kasih sempena Majlis Makan Malam Amal Sinar Madani Sabah Maju Jaya di Sabah.

KOTA KINABALU (Ahad 3 September): Dua lagi inisiatif baharu iaitu Program Santuni Komuniti bertujuan meningkatkan penghasilan dan penjualan produk oleh usahawan ibu tunggal dan wanita B40 akan dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Katanya, satu lagi inisiatif baharu itu ialah pengagihan Produk Pek Makanan Segera kepada mangsa-mangsa bencana alam yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara.

Katanya, pelbagai pendekatan yang diambil kerajaan adalah bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan di negeri ini.

“Selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk membudayakan masyarakat prihatin dan merakyatkan perkhidmatan yang cemerlang, Kerajaan Negeri kekal komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

“Pelbagai inisiatif dan program yang merupakan flagships di bawah Pelan Pembangunan SMJ yang telah dilaksanakan sebelum ini diteruskan pada tahun ini,” katanya sempena Majlis Makan Malam Amal Sinar Madani Sabah Maju Jaya di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.

Selain dua pendekatan baharu itu, beberapa program yang diteruskan pada tahun ini antaranya Program Homeward untuk menyantuni rakyat dalam kategori sakit terlantar dan Program Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan Pra- Sekolah dan Tadika.

“Kita juga meneruskan Program Outreach Santuni Wanita dan Program JHEWAnita untuk memperkasa golongan ibu tunggal dan wanita B40,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa sektor korporat dan orang perseorangan yang berkemampuan untuk terus menyokong majlis amal seupama ini bagi membantu golongan berkeperluan terutamanya di pedalaman dan luar bandar.

“Kalau bukan kita yang menjalankan kerja-kerja kebajikan siapa lagi yang akan membantu mereka. Inilah sikap Sabah Madani yang harus kita tanam sebagai benih prinsip hidup kita di Sabah,” kata Hajiji.

Menurutnya, majlis makan malam amal ini amat bermakna untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini terutama selepas pandemik COVID-19.

Kataya, mereka masih mampu untuk membeli makanan dan barang keperluan keluarga, masih ada insan-insan di luar sana yang memerlukan pertolongan bantuan daripada kita.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Yayasan Sinar Kasih serta rakan kerjasamanya iaitu PEWASA dan SEAMEX kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal berkenaan.

“Saya berharap Yayasan Sinar Kasih ini dapat terus membantu jentera kerajaan untuk pembangunan ummah di negeri ini,” katanya.

Popular Articles